Saturday 9 September 2017

Cara menghilangkan stress

Hilangkan Stress Anda Dengan Berzikir…
54 
Penyakit stress adalah penyakit akhir zaman. Mungkin terlalu banyak memikirkan masalah tuntutan dunia moden kini, semakin ramai manusia mengalami stress. Menurut sumber, 1 orang daripada 6 orang menjadi gila kerana penyakit ini.
Penyakit ini terjadi kerana terlalu banyak dan asyik memikirkan tentang perkara-perkara yang perlu dibuat ataupun masalah-masalah yang perlu diselesaikan. Perkara-perkara ataupun masalah-masalah tersebut terlalu membebankan mereka sehingga terus terlupa
Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah”  dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.
Sementara Ibn Asyur  mengatakan  “zikrullah”   bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.
Ringkasnya,  “zikrullah”    bermaksud  kita  menguatkan hubungan dengan Allah SWT  dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.
Boleh dikatakan,   kebanyakan   manusia yang mengalami tekanan jiwa  atau  sakit jiwa  disebabkan  hubungan mereka dengan Allah SWT  amat  jauh.  Oleh kerana itu, umat Islam jarang  sekali yang  menghadapi tekanan  jiwa, sebagaimana yang  berlaku kepada umat manusia moden hari ini,  kecuali   gaya hidup umat Islam tidak jauh bezanya dengan orang bukan Islam. Allah SWT berfirman:
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).
Ibnu Abbas mengatakan kalimah “sakinah” dalam al-Quran ditafsirkan dengan “tama’ninah”  (ketenangan ).
Tabiat atau  fitrah  jiwa manusia akan merasai ketenangan:
§  Ketika ia bergantung dan berhubung dengan kuasa yang Maha Agung Allah SWT.
§  Ketika ia mengetahui kehidupan di dunia untuk menikmati nikmat Allah SWT
§  Ketika ia meyakini ia akan  kembali selepas kematian  bertemu dengan Penciptanya
§  Ketika ia meyakini kerugian  mengikut  kacamata dunia akan diganti pada hari akhirat
§  Ketika ia mengetahui Allah SWT akan menolongnya dalam setiap situasi, sama ada kesenangan  bagi menambahkan kebaikan atau kesusahan untuk menyelamatkannya.


Friday 22 November 2013



Ubat selsema tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah 6 tahun?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Oleh kerana saya ni jenis yang malas nak ke klinik, biasanya saya lebih suka tidur dan minum air suam banyak-banyak untuk hilangkan selsema. Cuma kalau dah seminggu tak hilang juga, barulah saya ke klinik untuk dapatkan ubat. Tapi… hhmmm… makan ubat pun sama juga. Lepas makan ubat, kena tidur. Cuma saya tak boleh buat cara yang sama untuk anak-anak sebab mereka masih lagi kecil dan sistem pertahanan badan tidak sekuat orang dewasa.

Thursday 11 July 2013

Meningitis (Jangkitan Selaput Otak)
Meningitis (Jangkitan Selaput Otak)
Apa itu meningitis?
  • Meningitis adalah jangkitan selaput otak yang disebabkan oleh kuman (bakteria, virus, tuberculous dan lain-lain). Bakteria yang paling kerap menyebabkan meningitis di kalangan kanak-kanak ialah dari spesis Haemophilus influenzae, Streptococcus pneumoniae dan Neisseria meningitides. Lebih daripada  90% kes melibatkan kanak-kanak kurang daripada 5 tahun dan 50% adalah di kalangan bayi kurang daripada 6 bulan. 
  •  Ia adalah penyakit berjangkit yang merebak daripada seseorang pembawa kuman (dewasa atau kanak-kanak lain) kepada pesakit melalui cecair pernafasan di udara apabila seseorang itu batuk atau bersin.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
Tanda-tanda meningitis kanak-kanak adalah bergantung kepada umur pesakit, jenis bakteria, sama ada antibiotik telah dimulakan dan jangka masa seseorang kanak-kanak itu telah dijangkit.
Gejala-gejala awal:
  • Demam tinggi
  • Rasa kurang selesa, merengek
  • Kurang bermaya, kurang menyusu
  • Sakit kepala dan bermuntah-muntah
  • Ruam atau bintik-bintik merah yang merebak dengan cepat ke seluruh badan (jika dijangkiti bakteria Neisseria meningitides)
Gegala-gejala lewat:
  • Ubun-ubun berbonjol (Bulging fontanelle)
  • Kekejangan leher
  • Sawan
  • Kurang tahap kesedaran diri dan kurang bertindak-balas
  • Koma
Bagaimana meningitis boleh dipastikan?
Jangkitan meningitis hanya boleh dipastikan dengan sepenuhnya melalui pemeriksaan cecair tulang belakang. Pemeriksaan ini juga penting untuk memastikan jenis kuman yang dijangkiti supaya pesakit boleh dirawat dengan antibiotik yang betul.
Apakah komplikasi meningitis?
Meningitis adalah jangkitan otak yang serius. Dalam kadar 10%, ia boleh mendatangkan maut dan 30% lagi boleh menyebabkan komplikasi jangka panjang. Rawatan awal dengan antibiotik yang tepat dan jangka waktu yang cukup adalah penting untuk mengelak atau mengurangkan komplikasi-komplikasinya.
Komplikasi jangka panjang yang boleh berlaku termasuk:
  • Sawan
  • Hydrocephalus (pengaliran cecair serebrospinal tersekat dan menyebabkan kepala membesar dengan mendadak)
  • Lewat atau kemerosotan perkembangan
  • Kurang upaya pendengaran / pertuturan
  • Kurang upaya penglihatan
  • Lumpuh / Cerebral palsi
Bagaimana meningitis boleh dirawat?
  • Lazimnya, antibiotik yang sesuai akan diberi selama satu hingga dua minggu bergantung kepada jenis bakteria yang dijangkiti dan respon pesakit kepada rawatan yang diberi.
  • Pesakit yang tidak sedar diri atau mempunyai sawan yang susah dikawal lazimnya memerlukan rawatan di unit rawatan rapi dengan pertolongan alat pernafasan, rawatan khusus untuk mengawal sawan, mengurangkan bengkak dan tekanan dalam otak dan lain-lain rawatan sokongan yang perlu.
Bagaimana meningitis boleh dicegah?
  • Sesetengah jenis meningitis bakteria boleh dicegah melalui suntikan pelalian kanak-kanak. Minta nasihat doktor.
  • Untuk mengelakkan jangkitan meningitis daripada merebak kepada ahli keluarga terutamanya kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada lima tahun, antibiotik yang tertentu akan diberi kepada mereka yang berisiko tinggi terutamanya jika kanak-kanak itu dijangkiti oleh bakteria Haemophilus influenzae atau Neisseria meningitides.
Penyakit Meningitis Dewasa

Apakah Penyakit Meningitis ?
Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.
Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.
Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan.
Cara Jangkitan
Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
Tanda dan Gejala Penyakit Meningitis
5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-
  • Demam
  • Sakit kepala yang teruk
  • Loya
  • Muntah
  • Ketegangan atau sakit pada tengkuk
  • Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
  • Ruam pada badan
  • Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)
Komplikasi Penyakit Meningitis
Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau kematian.
Rawatan Penyakit Meningitis
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik. Pengambilan antibiotik untuk pencegahan (prophylaxis antibiotic) hanya disyorkan kepada kontak terdekat pesakit. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dicegah melalui pemberian pelalian. 
Pencegahan Penyakit Meningitis
  • Vaksin yang digunakan dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135
  • Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yangmengerjakan haji dan umrah
  • Vaksin ini diberi 2 minggu sebelum melancong atau lawatan dibuat. Pemberian vaksin ini boleh menberi ketahanan diri terhadap penyakit meningitis selama 3-5 tahun.
  • Pemberian vaksin secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.
  • Vaksin ini boleh didapati di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta


Sunday 26 May 2013


Khasiat Daun Mahkota Dewa



Daun Mahkota Dewa
Tanaman mahkota dewa diklaim berasal dari Papua, meski pada kenyataannya sejak dahulu kala masyarakat China telah memanfaatnya sebagai tanaman obat. Mahkota dewa, dahulu hanya dikenal sebagai tanaman gulma sebab sifat racunnya yang khas. Namun, seiring perkembangan waktu, kini tanaman mahkota dewa lebih dikenal sebagai bahan obat herbal yang ampuh menghalau berbagai penyakit. Bagian tanaman mahkota dewa yang populer dijadikan bahan obat adalah batang, buah dan juga daun mahkota dewa.

Bentuk Fisik Daun Mahkota Dewa

Daun tanaman mahkota dewa bersifat tunggal dan letaknya pada ranting saling berhadapan. Daun ini bertangkai pendek dengan bentuk yang cenderung lanset atau menjorong. Pada ujung dan pangkal daun terlihat runcing dengan tepian daun yang rata, pertulangan menyirip. Untuk permukaan, cenderung licin dengan  warna hijau tua. Secara keseluruhan, daun mahkota dewa memiliki kisaran panjang antara 7-10 cm dan lebar sekitar 2-5 cm.


Kesembuhan Di Balik Daun

Bagian daun mahkota dewa mengandung antihistamin, alkaloid, saponin, dan polifenol (lignan). Masing-masing zat ini memiliki manfaat yang cukup baik. Misalnya alkaloid, zat ini memiliki efek detoksifikasi sehingga ampuh mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Sedangkan Saponin dikenal sebagai sumber anti-bakteri juga virus, mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh juga vitalitas, mampu mengurai kadar gula dalam darah dan mengurangi penggumpalan darah. Zat lainnya yakni polifenol memiliki fungsi sebagai anti-alergi.

Beragam kandungan daun mahkota dewa ini membuatnya ampuh melawan berbagai penyakit seperti eksim, lemah syahwat, disentri, alergi, tumor dan masih banyak lainnya. Namun, untuk masing-masing penyakit, resep penggunaan daun mahkota dewa juga berbeda-beda, bahkan kadang diperlukan tambahan bahan obat lainnya.

Menyembuhkan Eksim Kulit

Salah satu penyakit yang bisa diusir dengan menggunakan ramuan daun mahkota dewa adalah eksim. Langkah yang dilakukan cukup sederhana. Ambillah beberapa daun mahkota dewa segar secukupnya kemudian lumatkan sampai benar-benar berbentuk pasta. Setelah itu balurkanlah pada kulit yang terserang eksim. Bersihkan setelah mengering. Lakukan langkah ini sebanyak dua kali dalam sehari agar didapatkan hasil yang maksimal.

Jika pada penyakit eksim, daun mahkota dewa cukup dilumatkan saja, untuk jenis penyakit lainnya diperlukan langkah lebih lanjt seperti merebus daun mahkota dewa dengan atau tanpa campuran bahan lainnya. Misalnya untuk meningkatkan vitalitas, Anda cukup merebus daun mahkota dewa dengan tiga gelas air. Setelah susut menjadi satu gelas air, matikan api dan minum air rebusan setelah dingin. Untuk penyakit lain seperti Hepatitis, daun mahkota dewa dicampur dengan bahan daging mahkota dewa, sambiloto dan juga daun pegangan. Semua bahan direbus dengan lima gelas air. Tunggu sampai susut menjadi tiga gelas air, dinginkan dan minum tiga kali sehari sebanyak satu gelas.

Efek Samping Daun Mahkota Dewa

Manfaat air rebusan daun mahkota dewa memang sangat baik, hanya saja Anda tetap harus berhati-hati sebab efek samping tetap mengintai Anda. Meski tidak terlalu parah, namun diketahui bahwa air daun mahkota dewa bisa menyebabkan kantuk juga mabuk. para pakar menyebutkan bahka efek tersebut masih dalam koridor normal. Hanya saja, jika efek ngantuk dan mabuk tersebut berlanjut, disarankan bagi Anda untuk memperbanyak konsumsi air putih dan menurunkan dosis air rebusan.

Tuesday 30 April 2013


MARI MEMBACA       









       Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membaca. Kerajaan sentiasa menjalankan pelbagai kempen menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat suka membaca. Membaca dapat meluaskan pengetahuan. Oleh itu membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat kita perolehi dengan membaca buku-buku, surat akhbar, majalah dan lain-lain lagi. Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti sejarah, sastera, ekonomi, sains dan matematik.

       Faedah membaca dapat kita mengetahui tentang isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya, masalah kegawatan ekonomi, pencemaran alam sekitar, pergolakan politik, serangan pengganas, sukan dan sebagainya. Dengan demikian, kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung.

       Satu lagi faedah membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Masa tidak lagi terbuang begitu sahaja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas, maka amalan membaca memang wajar dilakukan oleh setiap orang setiap kali ada masa terluang.

       Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa di kalangan pelajar-pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Melayu dan Inggeris, pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita rencana, laporan dan cerpen. Hal ini dapat membantu mereka dalam penulisan karangan dengan baik.



Saturday 20 April 2013

RENUNG-RENUNGLAH.....

 Bila Berjuang Kerana ALLAH, Dugaan Itu Tempat Bersinggah, Keperitan Ditelan
Sebagai Juadah, Kejayaan Adalah Mimpi Indah, Andai Ditakdirkan Rebah, Hati Redha
Kerana ALLAH!   Diri ini hanya seorang aku yang tenggelam dalan lautan ni'matNYAdan timbul dalam serpihan ujianNYA.. Hanyalah seorang aku.....

Wednesday 17 April 2013


 
PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MALAYSIA

PENGAJARAN TATABAHASA


      Baru-baru ini beberapa orang guru termasuklah guru pelatih yang sedang menjalani latihan praktikum telah menanyakan soalan tentang teknik atau cara untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Mereka mengatakan bahawa kebiasaannya murid-murid kurang berminat untuk belajar tatabahasa.

      Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid.

      Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik yang disukai oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian dan nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Jadi, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka.

        Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus.

       Seperti yang telah dinyatakan tadi, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana, banyak lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu, gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.

     

      Selain teknik nyanyian, guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau majalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain sajak seperti cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar. Dengan kata lain, pengajaran tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat mengurangkan masalah kebosanan dan kurang minat murid untuk belajar tatabahasa.


        Guru-guru perlu menggunakan keratan akhbar, majalah atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi secara tidak langsung, pelajar-pelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan pelajar kerana guru telah menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan tersebut


      Di samping itu, guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa ini setiap kali semasa membincangkan karangan, rumusan karangan, dan juga semasa mengalih bentuk teks. Perkara ini perlu dilakukan kerana setiap latihan yang dinyatakan itu tadi melibatkan aspek tatabahasa. Sebagai contohnya, semasa menulis karangan, rumusan karangan dan mengalih bentuk teks, pelajar-pelajar terpaksa membina ayat yang melibatkan aspek tatabahasa. Hal ini juga menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar dalam Kertas 1 perlu diaplikasikan dalam Kertas 2.